Antara makanan yang popular di Sarawak adalah Laksa Sarawak di mana
Laksa Sarawak pernah dinobatkan sebagai makanan yang paling sedap di
Dunia.
Laksa Sarawak
Makanan ini cukup popular sekali di Sarawak dan kebanyakkan orang
Sarawak amat menggemarinya dan terdapat beberapa spot utama Laksa
Sarawak yang suka dikunjungi orang ramai. Antara Laksa Sarawak pilihan
orang ramai ialah MOM Laksa kerana kepekatan kuahnya dan udangnya
dikopek terlebih dahulu sebelum disediakan. Laksa Sarawak juga boleh di
sediakan sendiri di rumah dengan membeli perencah laksa Sarawak.
Ikan Terubok Masin
Ikan terubok juga merupakan makanan yang cukup sinonim dengan Sarawak.
Lokasi ikan terubok yang popular di Sarawak ialah di Satok Kuching. Di
situ terdapat ramai pelancong yang berbondong-bondong datang untuk
membeli Ikan Terubok Masin di saat hari terakhir mereka di Sarawak. Ikan
tersebut akan dibungkus dengan kemas oleh penjual untuk memudahkan
pelanggan membawa ikan tersebut apabila menaiki kapal terbang untuk
kembali semula ke tempat asal. Ikan terubok masin berlemak rasanya
apabila masuk ke mulut. Lebih-lebih lagi di tambah dengan cili.
Mee Kolok
Makanan ini selalu sahaja disebut oleh orang bukan berasal dari Sarawak.
Ada yang berpandangan sesama sendiri apabila orang melayu Sarawak makan
Mee Kolok. Ini disebabkan di kawasan lain yang bukan di Sarawak, Mee
Kolok disediakan bersama babi. Tetapi di Sarawak makanan tersebut
berevolusi menjadi makanan 1 Sarawak. Mee Kolok yang menjadi tumpuan
orang ramai di Sarawak adalah di kedai Mee Kolok Haji Salah dan di
Benteng Satok.
Kek Lapis Sarawak
Tak payah saya sebut, semestinya semua orang tahu Kek Lapis Sarawak. Kek
Lapis Sarawak adalah makanan komersial di Sarawak. Cara pembuatannya
banyak dipelajari oleh anak-anak jati di Sarawak. Kek Lapis Sarawak amat
popular sehingga VVIP dari luar Sarawak menggemari Kek ini. Malah,
Sultan Brunei juga mencemar duli untuk mendapatkan Kek Lapi Sarawak. Kek
Lapi Sarawak pilihan adalah Kek Lapis buatan Dayang Salhah, Rabiah Amit
dan D'Wanie.
Bubur Pedas
Mmmmm.. kembang air liur saya menulis artikel ini. Bubur pedas adalah
makanan khas yang disediakan semasa musim-musim perayaan. Terdapat
beberapa kedai di Sarawak yang menyediakan bubur pedas tetapi saya tak
tahu di mana.. He he..
Umai
Fuuuuhhhh Makanan ini adalah makanan yang cukup-cukup sedap tapi kurang
diketengahkan. Umai adalah makanan laut yang dimasak menggunakan limau.
Kebiasaanya Umai disediakan bersama dengan udang segar. Dicampur dengan
limau, cili dan beberapa bahan lagi sebagai pembuka selera. Kalau nak
cari umai, cari waktu makan tengahari. Kedai-kedai makan biasanya
menyediakan umai dengan nasik campur. dikenali sebagai kerabu ikan
adalah salah satu makanan yang terkenal. Ianya kelihatan seperti sushi
(sejenis makanan Jepun) kerana bahan asas untuk membuatnya adalah
menggunakan potongan halus ikan mentah. Ikan yang biasa digunakan untuk
membuat umai adalah ikan merah dan ikan tenggiri. Cara-cara untuk
membuat umai adalah mengaul rata ikan mentah, bawang besar,bawang merah,
sedikit halia, jus limau, hirisan lada dan sedikit garam. Umai biasanya
dimakan secara beramai-ramai dan dihidangkan didalam mangkuk besar.
Ianya boleh dimakan terus ataupun dijadikan lauk dan dimakan bersama
nasi.
0 comments:
Post a Comment