Di negara Malaysia , terdapat pelbagai jenis perayaan disambut pada sepanjang tahun kerana kepelbagaian kaum dan agama yang terdapat di negara ini. Antaranya ialah Hari raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina , Deepavali dan lain-lain lagi.
HARI RAYA AIDILFITRI
Hari Raya merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung
TAHUN BARU CINA
Perayaan
ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang
menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina
percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus ,
lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan,
anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya
tersendiri
Pada
malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk
makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama
keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi 'Angpau'
kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. 'Angpau'
membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul
berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan
kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun
Baru Cina
Sepanjang
Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah
dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan
perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah
perayaan Chap Goh Meh.
Perayaan
ini dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb Disember sebagai
mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan
hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna warni.
Bungkusan-bungkusan hadiah akan diletakkan di bawah pokok untuk dibuka
pada hari tersebut. Christmas Carol dinyanyikan di rumah-rumah penganut
Kristian oleh kumpulan koir yang diundang. Tuan rumah akan memberi derma
kepada kumpulan koir tersebut kerana persembahannya. Pada malam
tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi dan menari. Kanak-kanak
tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur kerana semasa
mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan datang membawa hadiah
kepada mereka. Sepertimana perayaan masyarakat lain, pada pagi hari
Krismas mereka akan mengunjungi gereja-gereja untuk upacara sembahyang.
PERAYAAN GAWAI DAYAK
Perayaan
ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap
tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula
dan santan disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak.
Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai
Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah
panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan
supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam
7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah
panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis
kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.
0 comments:
Post a Comment