Pages

Thursday, 4 June 2015

ussually i like to do....

When i have leasure time,i like to watch movie,cause it can release my stressed and i can be happy for doing that activity.Through this,i also can forget my problem for a while,with laugh while watching my favorite movie or any comedy scene in the movie that i watch.Ussually, i like to watch "Runningman" and "Return of superman".I love to watch this movie,cause,its interesting and funny.I will see all the episode and wait for the next episode after the latest is done.
Besides,i also like to read a novel.This is because,i can feel that i located in the fantasy world.This novel also can make me smile alone,when i read on it.i can enjoy this novel while i have free time,like,before i go to sleep,on afternoon or evening and anytime or anywhere....hihihi.
I love to read novel when i'm at my secondary school.It is started,when my friend offer me some novel to read..so,i read that novel till the end and i enjoy it.Started from that,i like to buy my own novel to read and till today,i have some collection of my favorite novel.When i finish one of my novel,then, i will repeated once again,till i feel bored..hahahaa
So,that is the activity that i will always do,when i have free time and when i feel boring.I can kickout my bored feel with this all kind of activity,apart from eat and eat...hehe..ok..thats all..daa..Assalamualaikum uolls..see yahh!




Wednesday, 3 June 2015

JENIS PERAYAAN DI MALAYSIA

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan mempunyai pelbagai jenis perayaan.Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum. Kebiasaannya sesuatu perayaan disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada sesuatu masa dahulu.
 Di negara Malaysia , terdapat pelbagai jenis perayaan disambut pada sepanjang tahun kerana kepelbagaian kaum dan agama yang terdapat di negara ini. Antaranya ialah Hari raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina , Deepavali dan lain-lain lagi.

HARI RAYA AIDILFITRI
 
Hari Raya merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung


 TAHUN BARU CINA


Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri
Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi 'Angpau' kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. 'Angpau' membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina
Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.


 KRISMAS




Perayaan ini dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna warni. Bungkusan-bungkusan hadiah akan diletakkan di bawah pokok untuk dibuka pada hari tersebut. Christmas Carol dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir yang diundang. Tuan rumah akan memberi derma kepada kumpulan koir tersebut kerana persembahannya. Pada malam tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi dan menari. Kanak-kanak tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur kerana semasa mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan datang membawa hadiah kepada mereka. Sepertimana perayaan masyarakat lain, pada pagi hari Krismas mereka akan mengunjungi gereja-gereja untuk upacara sembahyang.
 
 
PERAYAAN GAWAI DAYAK

Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.

DEEPAVALI


Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama 'Aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘Rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.

 


PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

Permainan Tradisional Batu Seremban
 
Batu seremban ada cara bermainnya. Seperti permainan lain, batu seremban juga ada peringkatnya yang digelar sebagai buah.Secara Keseluruhannya, batu seremban mempunyai lapan peringkat yang perlu dihabiskan sebelum dikira sebagai pemenang.


 Permainan Tradisional Gasing
 
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu berbaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.



Permainan congkak  

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

 Permainan Guli

Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.
Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.


MAKANAN BEST DI SARAWAK YANG MESTI ANDA CUBA~

Antara makanan yang popular di Sarawak adalah Laksa Sarawak di mana Laksa Sarawak pernah dinobatkan sebagai makanan yang paling sedap di Dunia.
Laksa Sarawak
Makanan ini cukup popular sekali di Sarawak dan kebanyakkan orang Sarawak amat menggemarinya dan terdapat beberapa spot utama Laksa Sarawak yang suka dikunjungi orang ramai. Antara Laksa Sarawak pilihan orang ramai ialah MOM Laksa kerana kepekatan kuahnya dan udangnya dikopek terlebih dahulu sebelum disediakan. Laksa Sarawak juga boleh di sediakan sendiri di rumah dengan membeli perencah laksa Sarawak.

Ikan Terubok Masin
Ikan terubok juga merupakan makanan yang cukup sinonim dengan Sarawak. Lokasi ikan terubok yang popular di Sarawak ialah di Satok Kuching. Di situ terdapat ramai pelancong yang berbondong-bondong datang untuk membeli Ikan Terubok Masin di saat hari terakhir mereka di Sarawak. Ikan tersebut akan dibungkus dengan kemas oleh penjual untuk memudahkan pelanggan membawa ikan tersebut apabila menaiki kapal terbang untuk kembali semula ke tempat asal. Ikan terubok masin berlemak rasanya apabila masuk ke mulut. Lebih-lebih lagi di tambah dengan cili.
 
Mee Kolok
Makanan ini selalu sahaja disebut oleh orang bukan berasal dari Sarawak. Ada yang berpandangan sesama sendiri apabila orang melayu Sarawak makan Mee Kolok. Ini disebabkan di kawasan lain yang bukan di Sarawak, Mee Kolok disediakan bersama babi. Tetapi di Sarawak makanan tersebut berevolusi menjadi makanan 1 Sarawak. Mee Kolok yang menjadi tumpuan orang ramai di Sarawak adalah di kedai Mee Kolok Haji Salah dan di Benteng Satok.
 
 
Kek Lapis Sarawak
Tak payah saya sebut, semestinya semua orang tahu Kek Lapis Sarawak. Kek Lapis Sarawak adalah makanan komersial di Sarawak. Cara pembuatannya banyak dipelajari oleh anak-anak jati di Sarawak. Kek Lapis Sarawak amat popular sehingga VVIP dari luar Sarawak menggemari Kek ini. Malah, Sultan Brunei juga mencemar duli untuk mendapatkan Kek Lapi Sarawak. Kek Lapi Sarawak pilihan adalah Kek Lapis buatan Dayang Salhah, Rabiah Amit dan D'Wanie.
 
 
Bubur Pedas
Mmmmm.. kembang air liur saya menulis artikel ini. Bubur pedas adalah makanan khas yang disediakan semasa musim-musim perayaan. Terdapat beberapa kedai di Sarawak yang menyediakan bubur pedas tetapi saya tak tahu di mana.. He he..
 
 
Umai
Fuuuuhhhh Makanan ini adalah makanan yang cukup-cukup sedap tapi kurang diketengahkan. Umai adalah makanan laut yang dimasak menggunakan limau. Kebiasaanya Umai disediakan bersama dengan udang segar. Dicampur dengan limau, cili dan beberapa bahan lagi sebagai pembuka selera. Kalau nak cari umai, cari waktu makan tengahari. Kedai-kedai makan biasanya menyediakan umai dengan nasik campur. dikenali sebagai kerabu ikan adalah salah satu makanan yang terkenal. Ianya kelihatan seperti sushi (sejenis makanan Jepun) kerana bahan asas untuk membuatnya adalah menggunakan potongan halus ikan mentah. Ikan yang biasa digunakan untuk membuat umai adalah ikan merah dan ikan tenggiri. Cara-cara untuk membuat umai adalah mengaul rata ikan mentah, bawang besar,bawang merah, sedikit halia, jus limau, hirisan lada dan sedikit garam. Umai biasanya dimakan secara beramai-ramai dan dihidangkan didalam mangkuk besar. Ianya boleh dimakan terus ataupun dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi.

QUOTES ABOUT LIFE

"FRUST" DALAM CINTA...


Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua cinta sejati yang ditunggunya. Siapa yang pernah merasakan,tahulah bertapa peritnya.Benarlah kata pujangga "Sakit yang paling dahsyat adalah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas" . Aneh sekali putus cinta ini.Benci tapi rindu.Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit.Dada terasa mencengkam.Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah kita cintai.Ramai orang yang hancur hidupnya kerana cinta.Terlupakah kita pesan hukama??
" Cintailah sesuatu sekadar saja.berkemungkinan kecintaan kita akan menjadi kebencian pada suatu ketika.Bencilah engkau sekadar saja,berkemungkinan kebencian itu akan menjadi kecintaanmu suatu ketika kelak".
Sesetengah hilang kewarasan dalam berfikir. Hilang semangat juang.Malah ada yang sanggup bunuh diri.Benarlah kata pujangga " Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya,tetapi tidak terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya."
Justeru,yang minta mati akibat "frust" dalam cinta ramai sekali.Begitu buruk keadaan orang yang frust dalam bercinta.Salah satu akibat ialah nafsu.Jika kita berani memperkosa kesucian cinta,awas!
Cinta itu akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam. Ketahuilah,seseorang yang pernah gagal bercinta, kemungkinan akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Pelangi tidak pernah wujud di atas kepala sendiri. Selamanya di atas kepala orang lain.Penyelesaian kepada frust dalam cinta hanyalah satu,iaitu "Kembali kepada Allah."

KECANTIKAN WANITA CIPTAAN ALLAH

Wanita juga adalah ciptaan Allah,dan tentu saja wanita cantik.Soalnya,dimanakah letaknya lecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita bertanya pada seorang wanita,maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan.Ada yang merasakan kecantikan wanita pada wajah,pada bentuk tubuh badan,pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan ada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terdapat pelbagai pandangan.Ada yang mengatakan kecantikan terletak pada hidung,mata,dan sebagainya.Pendek kata,sesetengah orang beranggapan bahawa kecantikan itu sangat relatif sifatnya.Lain orang, lain penilaiannya.Cantik itu relatif atau nisbi sifatnya,dakwa mereka.Benarkah begitu??

Sebagai seorang islam, kita tentulah ada kayu ukur untuk menilai kecantikan.Kita tentunya menilai kecantikan mengikut kayu ukur islam.Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian islam adalah lebih hakiki dan original.Contohnya,kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah,lambat laun,wajah itu akan dimamah usia,kulit akan berkedut dan tentulah wajah tidak cantik lagi.Jadi sudah tentulah,wajah bukanlah ukuran kepada kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah,kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai-Nya adalah lebih tepat dan benar.Jika kita menilainya,mungkin salah,tetapi penilaian Allah pasti tepat.Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan akhlak atau budi pekerti.Kecantikan ini jika ada pada diri seseorang,maka ia lebih kekal.Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah.



Monday, 1 June 2015

MY VACATION

Sewaktu cuti semester yang lalu,saya dan kawan-kawan saya pergi bercuti di Langkawi.Kami pergi bercuti selama 3 hari 2 malam.Saya dan kawan saya seramai lima orang.Di sana,banyak tempat-tempat menarik yang telah kami kunjungi,antaranya,Pantai Cenang,pulau Dayang Bunting,Cable Car,Underwater world dan banyak lagi.Selain itu,terdapat banyak juga aktiviti yang telah kami lakukan,contohnya,bermain banana boat,mangrove tour,snorkeling,melawat gua kelawar dan mandi-manda di tasik Dayang Bunting.Percutian yang saya dan kawan-kawan saya alami,sangat menyeronokkan dan meninggalkan banyak memori yang tidak dapat dilupakan.Saya berharap,suatu ketika akan datang,saya berpeluang sekali lagi untuk bercuti ke sini,mungkin bersama dengan keluarga saya pula...hihihihi...




Thursday, 28 May 2015

FRIENDSHIP


Friendship for the most people is a combination of affection,loyalty,love,respect and trust.The general traits of friendship is include similar interest, mutual respect and an attachment to each other, and in order to experience friendship you need to have true friends.The emotional safety provided by friendship means not having to weigh you thoughts and measure words.True friendship is when someone knows you better and take a position in your best interest in a crisis.Friendship goes beyond just sharing time together and it is long lasting.

Friendship can mean different things to different people. For some people it is simply the trust that someone will not hurt you. For others it might be unconditional love or just normal companionship. Whatever your own definition is, friendship is often considered as a mutual and agreeable relationship between two individuals, and that’s a good thing, as it has been said that a person who finds a true friend has found a priceless treasure.


Friendship is rarely one-sided though, as it takes two individuals to negotiate the boundaries in a relationship and a friendship will not survive very long if only one person is making the effort to sustain the relationship without any help or recognition from other person. Because it takes both positive and negative experiences to define a personality, it is essential to build your friendships with people who are compatible with you on both an emotional and psychological basis. 


Famous Quotes on Friendship:
 

“Peace and friendship with all mankind is our wisest policy, and I wish we may be permitted to pursue it.”
Thomas Jefferson

“If you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.”
Muhammad Ali.


“Friendship is unnecessary, like philosophy and art, friendship has no survival value; rather it is one of those things that give value to survival.”
C. S. Lewis


“A friend is a single soul dwelling in two bodies."
Aristotle


“Laughter is not a bad beginning for a friendship, and it is by far the best ending for one.”
Oscar Wilde -
 
 

 

If you look in the dictionary it will tell you that the definition of friendship is a state of being friends; friendly relation, or attachment, to a person, or between persons; affection arising from mutual esteem and good will; friendliness; amity; good will. That all sounds nice, but it doesn’t cover the fact that a true friendship is a relationship that can survive the test of time and remain unconditional. - See more at: http://friends.com/definition-of-friendship#sthash.woDg11JM.dpuf
If you look in the dictionary it will tell you that the definition of friendship is a state of being friends; friendly relation, or attachment, to a person, or between persons; affection arising from mutual esteem and good will; friendliness; amity; good will. That all sounds nice, but it doesn’t cover the fact that a true friendship is a relationship that can survive the test of time and remain unconditional. - See more at: http://friends.com/definition-of-friendship#sthash.woDg11JM.dpuf
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com